My Profile

A simpla girl that try to distribute as much as she can to accomplish her family's dreams... smile always.. klik! klik!

Saturday, October 30, 2010

Impak Sekolah Bestari

Sekolah bestari dan pengaruh dalam sistem pembelajaran hari ini.
         Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.

         "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

           Berdasarkan petikan teks falsafah di atas membuktikan bahawa falsafah pendidikan kebangsaan berhasrat untuk melahirkan produk atau insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu segala pendekatan dan strategi yang dijalankan oleh sistem sekolah Bestari ini bertepatan dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Sistem sekolah Bestari telah memberikan satu impak yang telah membawa kepada satu zaman pendidikan yang lebih terbuka dan berdaya saing. Namun apa yang kita dapat pada hari ini, sistem ini telah memberikan pelbagai kesan dan paradigma kepada sistem persekolahan. Kesan- kesan ini boleh kita pecahkan kepada dua bahagian iaitu kesan baik dan sebaliknya. Namun apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana sistem ini dapat seiring dengan falsafaha pendidikan kebangsaan yang sudah kita maklum ingin melahirkan insan yang cemerlang dari segala aspek yakni jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Sudah umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka. Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak yang lain .
        
          Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Dengan ini proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik lagi kerana pelajar sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada. Hal ini dapat memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran ( P& P) akan berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator.
         
          Selain daripada menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru, kesan kebaikan lain dalam proses P& P dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana apabila pelajar sudah bersedia untuk memulakan pelajaran, motivasi guru semakin meningkat dan menjadikan P&P berjalan dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru mungkin hanya perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar sekolah Bestari untuk berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses P& P akan menjadi lebih tersusun dan menarik.


         Tugasan yang tersusun yang diberikan kepada para guru akan menjadikan guru mudah memfokuskan proses P&P. Hal ini adalah kerana tugas atau kerja yang melebihi bebanan seseorang guru akan memberikan kesan kepada had tugasan guru mereka. Sebagai contoh terdapat guru yang ditugaskan untuk menjadi kerani sementara di sekolah harian biasa atau menjaga kelas ganti yang menyebabkan masa guru untuk mencari bahan atau merancang P&P akan terganggu sekaligus guru sukar untuk mendapat motivasi dalam P&P dalam kelas nanti. Oleh itu pengurusan yangt tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber tenaga pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses P&P ini. Dengan ini pelajar juga akan mudah menerima masuk input- input daripada guru dengan berkesan. ” Mod ” guru juga akan sentiasa pada tahap terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjamin kredit tambahan bagi menjadikan proses tersebut berjalan dengan baik.

          Kelebihan yang seterusnya kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing. Setiap murid mempunyai kecedasan yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh howard gardner ialah terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu logik- matematik, vebal- lingusistik, kinestatik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis, eksistensialis. Hal ini memudahkan guru untuk mengenapasti keupayaan dan kebolehan setiap murid. Sebagai contoh sekiranya murid tersebut cenderung ke arah sukan atau yang melibatkan fizikal murid tersebut mempunyai kecerdasan kinestatik. Jadi hal ini tugas guru adalah untuk mencungkil bakat atau kemahiran yang sedia ada bagi menggilap bakat tersebut mengikut kemampuan dan kebolehan selain minat yang terdapat dalam murid tersebut.
    
         Sistem pendidikan yang berpandukan tekonologi dapat menjadikan sistem pembelajaran hari ini semakin maju dan lebih menggalakan penguasaan dan kegunaan tekonologi. Hal ini dapat memberi satu impak baru bagi merevolusikan sistem pembelajaran yang sedia ada iaitu berpandukan papan tulis dan kapur atau buku tulis. Sebagai contoh penggunaan LCD dan komputer riba dapat mempercepatkan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih sistematik. Dalam merungkaikan hal ini , berbalik kepada papan tulis, sekiranya sistem menulis di papan tulis masih ada, ia akan mengambil masa untuk menulis, memadam dan masa untuk pelajar menyalin nota atau bahan yang ditulis di papan hitam, namun sebaliknya jika penggunaan LCD dan komputer riba, pelajar boleh menaip terus bahan yang disampaikan oleh guru dan sekaligus memudahkan guru untuk menyediakan bahan tersebut tanpa risiko kehilangan atau keciciran maklumat. Tidak semua maklumat yang ditulis di papan hitam dapat dismapaikan kepada pelajar. Selain itu penggunaan komputer riba juga menarik perhatian pelajar dalam proses pembelajaran. Hal ini jelas membuktikan bahawa sistem sekolah bestari dapat mempengaruhi sistem pembelajaran sekolah dengan cemerlang dan fleksibel.
      
          Selain itu jugat tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Hal ini dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana pelajar mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Hal ini seterusnya mengurangkan beban guru untuk merancang program kecemerlangan kepada anak- anak mereka selain daripada menjadikan guru- guru ini menjadi lebih bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dengan lebih baik. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.


            Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid. Berbanding sekolah harian biasa, kaedah pengajaran guru biasanya hanya berpusatkan kepada guru sahaja. Perkara ini boleh menyempitkan kebebasan pelajar untuk memberikan idea atau pendapat masing- masing. Sudah sedia maklum bahawa pelajar- pelajar yang menghuni sekolah Bestari adalah sekompok pelajar yang mempunyai pandangan serta pengalaman yang mereka lalui sebelum ini. Sebagai contoh mereka sudah mengetahui bagaimana hendak mengendalikan sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Dalam menjelaskan hal ini kita sudah jangkakan bahawa semua pelajar tahu menggunakan komputer. Jadi tidak perlulah guru mengajar mereka bagaimana untuk menghidupkan dan mematikan komputer. Pelajar zaman sekarang adalah pelajar yang celik it dan sudah tau mencari maklumat dan input dengan menggunakan internet. Malah lagi hebat dari guru.

~~CAMSTUDIO~~

If we would like to produce our own computer related how-to videos, we will need a screen capture program. Normally these can be quite expensive and difficult to learn. But CamStudio is a freeware screen capture program that has many of the features of the commercial programs, but is still quite easy to use. It can help us to record all the activities on the computer screen. Trough this application, we can easily show the video and related notes that will be used in our discussion or teaching programe so that the student can more easily understand the topic that we will teach. this is very usefull application in education system.



Want to know how to use Camstudio, visit this website :

Read more: How to Use Camstudio | eHow.com http://www.ehow.com/how_5202087_use-camstudio.html#ixzz13pFyX4tG

Miss Asmayati

Seorang pensyarah ICT dalam kimia.
Beliau seorang yang sangat sporting, memahami dan baik. Banyak perkara yang saya dapat belajar melalui beliau sepanjang kursus "ICT in Chemistry" ini berjalan. Banyak perkara baru mengenai komputer seperti camstudio, blog dan sebagainya dapat saya pelajari. Ilmu yang diberikan ini akan dapat saya gunakan semasa saya melangkah masuk ke alam pekerjaan nanti. Kepada Cik Asmayati. syukran jazilan saya ucapkan kerana telah mengajar saya banyak perkara. Moga Allah memberkati kehidupan Cik samada di dunia mahupun di akhirat.Amin... 

FALSAFAH PENDIDIKAN DIRI

Guru... Bukanlah Semudah Ungkapan

Allah telah memberi rezeki kepada saya untuk berada di dalam bidang yang saya tidak pernah terfikir mampu memikulnya. Tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang ringan seperti yang terlihat pada zahirnya. kombinasi intelek, rohani, emosi dan jasmani harus bersarang utuh dalam diri seorang yang bergelar pendidik. Dugaan dan cabarannnya tidak hanya melibatkan kita sebagai individu tetapi merangkumi semua lapisan masyarakat.

Hadirnya seorang pendidik itu mencorak anak bangsa. Jika bengkok garisan yang dicorakkan maka bengkoklah generasi anak bangsa yang bakal lahir. Tetapi seandainya lurus, tulus dan mulus garisan yang dicorakkan, maka akan lahirlah generasi yang mampu berjuang demi agama, bangsa dan negara kelak. Pada dasarnya hati seorang pendidik itu haruslah suci dan ikhlas menabur ilmu kerana Allah. Hati seorang pendidik itu seharusnya penuh harapan untuk mencorak anak bangsa yang tetap utuh menegakkan agama dan negara walau di mana mereka berada.

InsyaAllah berbekalkan sedikit ilmu dan keyakinan yang ada.. saya akan terus melatih diri menjadi seorang yang mampu mendampingi anak-anak murid saya suatu hari nanti. Saya ingin mereka merasa selamat tatkala adanya saya sebagai guru yang mampu memberi pengetahuan, sebagai ibu yang memberi nasihat, sebagai kakak yang memberi teguran dan sebagai sahabat yang boleh berkongsi kedukaan. Ini adalah jalan terbaik yang Allah anugerahkan untuk diri saya. Moga Allah permudahkan segalan urusan dalam menempuhi hari-hari yang penuh dengan ranjau dugaan. Saya sentiasa mendoakan.Amin.

Friday, October 29, 2010

SMART SCHOOL

What are "Smart Schools"?

           The definition of "Smart School" is one that uses a technology platform as a medium on which distance learning and specific teaching expertise are made available to remote locations including the home, with out compromise to the quality of information transfer and certified teaching methods developed locally, regionally or internationally.

           The ratio of certified teachers to students in the nation needs to be augmented by other means in order to prepare our primary and secondary school students for the feature, especially in the area of socio-economic integration. We are in the process of rebuilding our country by using our most precious asset, our people. Hence, we must provide the best education possible to everyone, so that the rebuilding process will demonstrate a nation ready to leap forward spiritually , socially, and economically.
            Smart Schools will be the medium through which we can achieve this goal by maximizing global teaching expertise and improving the availability of global information to the nation through the initiation of the Virtual class room.

What is a Virtual Class Room?

             A Virtual Classroom provides the learning experience of a real time classroom with out being physically located in the classroom. For example, a teacher/professor holding classes on a specific topic in a classroom with students who could be locally, regionally, or internationally located, can also project the lecture to virtual classrooms electronically, incorporating the use of high quality bidirectional audio and video transmission.

           There are many benefits of "Smart School". "Smart Schools" can provide many options to the learning experience. We can now be tutored remotely, by the best sources available adhering to international standards. Curricula can be developed with topics to prepare our nation to compete internationally and move our economy forward. We can maximize teaching expertise, together with a more thorough utilization of our population, in areas such as the physically disabled and our senior members. Everyone can enjoy the learning experience, pursue new careers, and learn at a pace that is more appropriate for our inherent abilities. Lessons can be stored and retrieved in many formats to facilitate student flexibility. Compact Discs with lesson plans can be made available to students not being able to attend real time classes. With a computer we can now be exposed to the knowledge of the world, pursue certification in many fields, and acquire the confidence that education affords us from the privacy of our homes.
A demonstration of the "Smart School" concept is in progress and will be aired to the nation as soon as the appropriate platforms are deployed.
MY EDUCATION DIARY

Zaman Sekolah Rendah

Sekolah rendah aku bermula di Sekolah Menengah KebangsaanWan Ibrahim. Masuk sekolah tu masa umur 7 tahun. Seronok pergi sekolah sebab pertama kali pakai baju uniform sekolah semua benda baru. Bersekolah dekat SKWI tu sampai darjah 6. Ambil UPSR pun kat sekolah yang sama. Disebabkan aku ni kuat main-main, jadi keputusan UPSR tak melepaskan aku nak pergi asrama penuh. Kecewa sikit tapi tak pe la.. InsyaAllah.. Ada la hikmah Allah nak bagi bila tak dapat pergi asrama penuh.

 Zaman Sekolah Menengah

Masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis tahun 2003. Sekolah ni sekolah harian biasa. Masa tingkatan 3 aku tekad nak keluar pergi asrama penuh lepas PMR. Tapi disebabkan terlalu banyak main-main, aku tersangkut lagi kat sekolah sampai la tingkatan 5. Ambil SPM pun kat sekolah yang sama. tapi bila lama-lama duduk kat sekolah tu, rasa seronok pula. Gambar ni aku ambil mase pesta buah-buahan kat sekolah aku. :-)


Aku dan Fauzan
 
Zaman Matrikulasi
 
Aku masuk ke matikulasi pada tahun 2008. Matrikulasi aku adalah Matrikulasi Johor. Satu-satunya tempat bermulanya pembelajaran tanpa pemakaian uniform sekolah. Teruja betul dapat masuk matrikulasi sedangkan keputusan SPM agak rendah. Tapi org kata, itu semua rezeki yang Allah nak bagi. Seronok belajar di matrikulasi sebab di situlah bermulanya teknik pembelajaran yang betul-betul pulun. Alhamdulillah.. duduk setahun di matrikulasi Johor banyak mengajar aku menjadi matang.   

Aku Bersama Coursemate Sains Fizikal

Zaman Menjadi Mahasiswa

Alhamdulillah... akhirnya jejak juga kaki aku ke manara gading. Walaupun karier sebagai guru bukanlah pilihan utama tapi aku cuba juga jatuh cinta pada karier aku ni. Aku masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang pendidikan kimia pada bulan Julai 2009. Suasana di UPSI pada mulanya membuatkan aku rimas, terpaksa berebut bas untuk pergi kuliah. tapi bila dah lama-lama hadapi benda yang sama, jadi seronok la pula. hehe. Di UPSI aku bertemu dengan sahabat-sahabat yang memang best. Moga hidup aku di sini  membawa aku ke jalan yang lebih baik. InsyaAllah..Amin


Kawan-kawan Satu kelas... SAYANG KORANG SEMUA!!!
 "Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka..." (surah Al-Baqarah, ayat 286).. Setiap perkara yang Allah tetapkan dalam hidup kita merupakan jalan yang tebaik agar kita berfikir dan bersyukur dengan nikmatNya lalu sujud hanya kepadaNya. Janganlah mengeluh di atas kesusahan yang menimpamu kerana Allah telah janjikan kebaikan disebaliknya.. Teruskan berusaha.. jangan lemah..jangan jatuh... Allah bersama kamu semua..

Boleh jadi Cikgu Dah,..

Rate of Reaction


about me

MuJaHaDaH KiMiA



Name
Nur Syakirah binti Salleh


Address
No.68, Taman Lipis Baru,
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul makmur


DOB
12 August 1990


POB
Hospital Kuala Lipis


Papa & Mama
Salleh Bin Tahar, Maimun Binti Narin


Siblings
Azli Bin Salleh
Sabri bin Salleh
Muhammad Azri bin Salleh
Nur Safiyyah binti Salleh
Nur Shahida binti Salleh
Nur Sholihah binti Salleh
Nur Syakirah binti Salleh


Education
Tadika Islam Daerah Lipis
Sekolah kebangsaan Wan Ibrahim
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis
Johore Matriculation College
Sultan Idris Education University

Thursday, October 21, 2010

SN1 Reaction

FALsaFah PendIdIkaN SaInS

Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi

FaLsAFaH PeNdIDiKaN GuRu

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihra suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin”.

Wednesday, October 20, 2010

FaLsAfAh PeNdIDiKan KeBanGsAAn

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."