My Profile

A simpla girl that try to distribute as much as she can to accomplish her family's dreams... smile always.. klik! klik!

Saturday, October 30, 2010

Impak Sekolah Bestari

Sekolah bestari dan pengaruh dalam sistem pembelajaran hari ini.
         Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.

         "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

           Berdasarkan petikan teks falsafah di atas membuktikan bahawa falsafah pendidikan kebangsaan berhasrat untuk melahirkan produk atau insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu segala pendekatan dan strategi yang dijalankan oleh sistem sekolah Bestari ini bertepatan dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Sistem sekolah Bestari telah memberikan satu impak yang telah membawa kepada satu zaman pendidikan yang lebih terbuka dan berdaya saing. Namun apa yang kita dapat pada hari ini, sistem ini telah memberikan pelbagai kesan dan paradigma kepada sistem persekolahan. Kesan- kesan ini boleh kita pecahkan kepada dua bahagian iaitu kesan baik dan sebaliknya. Namun apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana sistem ini dapat seiring dengan falsafaha pendidikan kebangsaan yang sudah kita maklum ingin melahirkan insan yang cemerlang dari segala aspek yakni jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Sudah umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka. Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak yang lain .
        
          Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Dengan ini proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik lagi kerana pelajar sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada. Hal ini dapat memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran ( P& P) akan berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator.
         
          Selain daripada menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru, kesan kebaikan lain dalam proses P& P dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana apabila pelajar sudah bersedia untuk memulakan pelajaran, motivasi guru semakin meningkat dan menjadikan P&P berjalan dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru mungkin hanya perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar sekolah Bestari untuk berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses P& P akan menjadi lebih tersusun dan menarik.


         Tugasan yang tersusun yang diberikan kepada para guru akan menjadikan guru mudah memfokuskan proses P&P. Hal ini adalah kerana tugas atau kerja yang melebihi bebanan seseorang guru akan memberikan kesan kepada had tugasan guru mereka. Sebagai contoh terdapat guru yang ditugaskan untuk menjadi kerani sementara di sekolah harian biasa atau menjaga kelas ganti yang menyebabkan masa guru untuk mencari bahan atau merancang P&P akan terganggu sekaligus guru sukar untuk mendapat motivasi dalam P&P dalam kelas nanti. Oleh itu pengurusan yangt tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber tenaga pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses P&P ini. Dengan ini pelajar juga akan mudah menerima masuk input- input daripada guru dengan berkesan. ” Mod ” guru juga akan sentiasa pada tahap terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjamin kredit tambahan bagi menjadikan proses tersebut berjalan dengan baik.

          Kelebihan yang seterusnya kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing. Setiap murid mempunyai kecedasan yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh howard gardner ialah terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu logik- matematik, vebal- lingusistik, kinestatik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis, eksistensialis. Hal ini memudahkan guru untuk mengenapasti keupayaan dan kebolehan setiap murid. Sebagai contoh sekiranya murid tersebut cenderung ke arah sukan atau yang melibatkan fizikal murid tersebut mempunyai kecerdasan kinestatik. Jadi hal ini tugas guru adalah untuk mencungkil bakat atau kemahiran yang sedia ada bagi menggilap bakat tersebut mengikut kemampuan dan kebolehan selain minat yang terdapat dalam murid tersebut.
    
         Sistem pendidikan yang berpandukan tekonologi dapat menjadikan sistem pembelajaran hari ini semakin maju dan lebih menggalakan penguasaan dan kegunaan tekonologi. Hal ini dapat memberi satu impak baru bagi merevolusikan sistem pembelajaran yang sedia ada iaitu berpandukan papan tulis dan kapur atau buku tulis. Sebagai contoh penggunaan LCD dan komputer riba dapat mempercepatkan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih sistematik. Dalam merungkaikan hal ini , berbalik kepada papan tulis, sekiranya sistem menulis di papan tulis masih ada, ia akan mengambil masa untuk menulis, memadam dan masa untuk pelajar menyalin nota atau bahan yang ditulis di papan hitam, namun sebaliknya jika penggunaan LCD dan komputer riba, pelajar boleh menaip terus bahan yang disampaikan oleh guru dan sekaligus memudahkan guru untuk menyediakan bahan tersebut tanpa risiko kehilangan atau keciciran maklumat. Tidak semua maklumat yang ditulis di papan hitam dapat dismapaikan kepada pelajar. Selain itu penggunaan komputer riba juga menarik perhatian pelajar dalam proses pembelajaran. Hal ini jelas membuktikan bahawa sistem sekolah bestari dapat mempengaruhi sistem pembelajaran sekolah dengan cemerlang dan fleksibel.
      
          Selain itu jugat tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Hal ini dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana pelajar mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Hal ini seterusnya mengurangkan beban guru untuk merancang program kecemerlangan kepada anak- anak mereka selain daripada menjadikan guru- guru ini menjadi lebih bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dengan lebih baik. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.


            Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid. Berbanding sekolah harian biasa, kaedah pengajaran guru biasanya hanya berpusatkan kepada guru sahaja. Perkara ini boleh menyempitkan kebebasan pelajar untuk memberikan idea atau pendapat masing- masing. Sudah sedia maklum bahawa pelajar- pelajar yang menghuni sekolah Bestari adalah sekompok pelajar yang mempunyai pandangan serta pengalaman yang mereka lalui sebelum ini. Sebagai contoh mereka sudah mengetahui bagaimana hendak mengendalikan sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Dalam menjelaskan hal ini kita sudah jangkakan bahawa semua pelajar tahu menggunakan komputer. Jadi tidak perlulah guru mengajar mereka bagaimana untuk menghidupkan dan mematikan komputer. Pelajar zaman sekarang adalah pelajar yang celik it dan sudah tau mencari maklumat dan input dengan menggunakan internet. Malah lagi hebat dari guru.

No comments:

Post a Comment