My Profile

A simpla girl that try to distribute as much as she can to accomplish her family's dreams... smile always.. klik! klik!

Friday, October 29, 2010

MY EDUCATION DIARY

Zaman Sekolah Rendah

Sekolah rendah aku bermula di Sekolah Menengah KebangsaanWan Ibrahim. Masuk sekolah tu masa umur 7 tahun. Seronok pergi sekolah sebab pertama kali pakai baju uniform sekolah semua benda baru. Bersekolah dekat SKWI tu sampai darjah 6. Ambil UPSR pun kat sekolah yang sama. Disebabkan aku ni kuat main-main, jadi keputusan UPSR tak melepaskan aku nak pergi asrama penuh. Kecewa sikit tapi tak pe la.. InsyaAllah.. Ada la hikmah Allah nak bagi bila tak dapat pergi asrama penuh.

 Zaman Sekolah Menengah

Masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis tahun 2003. Sekolah ni sekolah harian biasa. Masa tingkatan 3 aku tekad nak keluar pergi asrama penuh lepas PMR. Tapi disebabkan terlalu banyak main-main, aku tersangkut lagi kat sekolah sampai la tingkatan 5. Ambil SPM pun kat sekolah yang sama. tapi bila lama-lama duduk kat sekolah tu, rasa seronok pula. Gambar ni aku ambil mase pesta buah-buahan kat sekolah aku. :-)


Aku dan Fauzan
 
Zaman Matrikulasi
 
Aku masuk ke matikulasi pada tahun 2008. Matrikulasi aku adalah Matrikulasi Johor. Satu-satunya tempat bermulanya pembelajaran tanpa pemakaian uniform sekolah. Teruja betul dapat masuk matrikulasi sedangkan keputusan SPM agak rendah. Tapi org kata, itu semua rezeki yang Allah nak bagi. Seronok belajar di matrikulasi sebab di situlah bermulanya teknik pembelajaran yang betul-betul pulun. Alhamdulillah.. duduk setahun di matrikulasi Johor banyak mengajar aku menjadi matang.   

Aku Bersama Coursemate Sains Fizikal

Zaman Menjadi Mahasiswa

Alhamdulillah... akhirnya jejak juga kaki aku ke manara gading. Walaupun karier sebagai guru bukanlah pilihan utama tapi aku cuba juga jatuh cinta pada karier aku ni. Aku masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang pendidikan kimia pada bulan Julai 2009. Suasana di UPSI pada mulanya membuatkan aku rimas, terpaksa berebut bas untuk pergi kuliah. tapi bila dah lama-lama hadapi benda yang sama, jadi seronok la pula. hehe. Di UPSI aku bertemu dengan sahabat-sahabat yang memang best. Moga hidup aku di sini  membawa aku ke jalan yang lebih baik. InsyaAllah..Amin


Kawan-kawan Satu kelas... SAYANG KORANG SEMUA!!!
 "Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka..." (surah Al-Baqarah, ayat 286).. Setiap perkara yang Allah tetapkan dalam hidup kita merupakan jalan yang tebaik agar kita berfikir dan bersyukur dengan nikmatNya lalu sujud hanya kepadaNya. Janganlah mengeluh di atas kesusahan yang menimpamu kerana Allah telah janjikan kebaikan disebaliknya.. Teruskan berusaha.. jangan lemah..jangan jatuh... Allah bersama kamu semua..

No comments:

Post a Comment